"Adakah matlamat anda ingin berjaya seperti mereka ini?"
UJIAN PERTAMA
Sekiranya anda boleh mengingati 12 perkara (petak biru) di bawah mengikut turutan dalam masa 10 minit, bermakna anda telah menggunakan potensi potensi minda / otak anda dengan baik. Tahniah kerana anda telah berjaya!
1 | Telur | 11 | Cat |
2 | Daging lembu | 12 | Pewarna Kuku |
3 | Sudu & Garfu | 13 | Semut |
4 | Bikini (pakaian mandi) | 14 | Kota (castle) |
5 | Minyak Wangi | 15 | Roket |
6 | Pisang | 16 | Jendela (window) |
7 | Gelas Minuman | 17 | Tandas |
8 | Jus Oren | 18 | Osama |
9 | Sabun | 19 | Surat Khabar |
10 | Berus Gigi | 20 | Tisu Tandas (toilet roll) |
Selesai ujian di atas anda boleh mulakan ujian seterusnya. Dalam masa 10 minit juga cuba anda mengingati 20 perkara (petak biru dan hijau) dalam senarai di atas. Tahniah jika anda berjaya melakukannya.
Sekiranya anda BELUM BERJAYA, baca baris baris berikut untuk mendapat jawapannya.
Saya adalah salah seorang dari berjuta juta pelajar yang tidak ke sekolah berasrama penuh selepas UPSR. Mereka yang diterima masuk memang bernasib baik, kerana ramai lagi yang mendapat keputusan yang cemerlang tidak terpilih walau pun bercita cita kesana. Sekolah berasrama penuh yang amat terhad itu bukan sahaja menyediakan segala kemudahan yang paling lengkap tetapi diajar oleh guru guru yang terlatih dan berdisiplin tinggi. Maka hasilnya keputusan peperiksaan setiap tahun kekal cemerlang.
Bagaimana pula mereka yang gagal? Mereka mesti meneruskan pelajaran walau di sekolah mana sekali pun. Saya adalah pelajar SRJK (C), Chung Cheng Kota Bharu, Kelantan. Apabila naik sekolah menengah saya mula merasa semakin susah untuk belajar. Tidak cukup masa untuk membuat kerja sekolah yang banyak, kena menghadiri kokurikulum, sukan, persatuan dan tugas sebagai ketua kelas. Hari minggu (Jumaat dan Sabtu) pula saya bertanggung jawab membantu keluarga di restoran. Masa mengulang kaji semakin terhad. Cita cita saya untuk menjadi pelajar cemerlang nampaknya tidak begitu cerah.
Suatu hari, ketika singgah di kedai buku saya ternampak sebuah buku Mind Map oleh Tony Buzan. Setelah membelek belek sepintas lalu saya mula tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh pengarangnya. Buku ini memperkenalkan kaedah membuat nota dan cara mengulang kali yang lain dari cara tradisi. Saya mula mengamalkan kaedah ini dan terbukti telah berjaya menjimatkan masa belajar dan mula berasa seronok dengan nota berwarna warni.
Harapan saya kembali bersinar dan bersemangat untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Kedudukan dalam sekolah sebelum ini tidak memuaskan. Tetapi selepas mula menggunakan teknik ini pelajaran saya meningkat secara perlahan lahan dan akhirnya cita cita saya untuk mendapat 8A tercapai.
Semasa di tingkatan 4 dan 5 saya sangat aktif dalam persatuan dan kelab dan terpilih mengikuti program pertukaran pelajar ke Osaka, Jepun. Dan yang menggembirakan saya apabila ada kawan menyatakan “sedaplahmu tak kena gi tuisyen, aku tiap tiap hari ayah aku paksa gi tuisyen”. Maksudnya saya tidak perlu membazirkan masa, tenaga dan wang ke kelas tuisyen. Untuk pengetahuan anda, memang saya tidak pernah menghadiri kelas tuisyen di luar sekolah.
Selepas keputusan SPM, kini saya mengikuti Program Asasi Sains di UiTM, Puncak Alam. Saya begitu bernasib baik memilikki kemahiran menggunakan Peta Minda kerana walaupun jadual kuliah dan tutorial penuh setiap tetapi masih ada masa untuk berkerja sambilan di koperasi pada setiap hari minggu (Sabtu dan Ahad). Ada kawan kawan mengatakan saya seorang pelajar pintar kerana masih ada masa membuat kerja sambilan sedangkan Program Asasi Sains memang padat, tetapi sebenarnya saya adalah pelajar ‘average’. Rahsianya ialah Kemahiran Peta Minda yang membantu saya belajar dengan lebih cekap dan berkesan. Mengikut kata Tony Buzan, “Mindmap is a genius tool”. Ilmu kemahiran Peta Minda adalah universal dan sesuai digunakan sepanjang masa.
Oleh kerana pengalaman saya menggunakan konsep ini amat mengkagumkan, maka saya mengambil inisiatif untuk menulis dan menerbitkan sebuah buku mengenai Peta Minda. Buku bertajuk KEMAHIRAN PETA MINDA dalam Bahasa Melayu ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman serta memberi pendedahan yang lebih luas kepada pelajar terutamanya yang tidak terpilih ke sekolah berasrama penuh dan yang belum mahir dalam bahasa inggeris.
Jadi mulai hari ini anda tidak perlu cemburu, bersedih dan putus asa walaupun tidak berpeluang belajar di sekolah berasrama penuh. Ada jalan alternatif menuju kejayaan. Kalau saya sudah lakukan, saya yakin dan percaya anda juga pasti boleh. Gunakan ‘genius tool’.
Dapatkan buku ‘KEMAHIRAN PETA MINDA’ hari ini. Jangan perkecilkan kemampuan anda. Anda mampu jadi ‘genius’ kerana anda adalah makhluk sempurna ciptaan Allah dan sememangnya dilahirkan ‘genius’. Buku pertama dalam Bahasa Melayu yang komprehensif dengan panduan dan contoh contoh sebenar dari nota asal penulis yang digunakan semasa menghadapi peperiksaan SPM tahun 2009.
Dapatkan buku ‘KEMAHIRAN PETA MINDA’ hari ini. Jangan perkecilkan kemampuan anda. Anda mampu jadi ‘genius’ kerana anda adalah makhluk sempurna ciptaan Allah dan sememangnya dilahirkan ‘genius’. Buku pertama dalam Bahasa Melayu yang komprehensif dengan panduan dan contoh contoh sebenar dari nota asal penulis yang digunakan semasa menghadapi peperiksaan SPM tahun 2009.
15.12.2010
Mengapa buku ini sangat murah berbanding ebook lain yang dijual di internet? Sebabnya ialah:-
- Sebahagian kosnya telah ditaja.
- Untuk membolehkan lebih ramai pelajar memilikkinya
“Apakah Peta Minda dan bagaimana ia mampu meningkatkan kecemerlangan anak anda?”
Mari kita sama sama tonton video ini dan sama sama mendengar berkenaan kehebatan kuasa Peta Minda ini dari pengasas dan pelopor Peta Minda, Tony Buzan.
Peta Minda, ‘Genius Tool’ Untuk Pelajar dan Ibu Bapa.
Ia terbukti mampu mengubah cara anda belajar dengan lebih berkesan. Sekiranya anda merasakan konsep ini tidak berfaedah, selepas 3 bulan mengunakannya, jaminan wang anda akan dikembalikan sepenuhnya.
Belajarlah dengan seronok, riang dan gembira selepas membaca, memahami dan mengamalkannya.
Belajarlah dengan seronok, riang dan gembira selepas membaca, memahami dan mengamalkannya.
“Selamat berjaya. Berjaya dengan cemerlang”
Sebelum anda membuat bayaran, dapatkan 2 buah buku PERCUMA sebagai hadian kerana telah membuat keputusan membeli buku KEMAHIRAN PETA MINDA.
- Panduan Pelajar Cemerlang – sesuai untuk semua pelajar.
- Himpunan Doa dan Selawat – mengandungi lebih kurang 200 doa dan selawat harian.
Untuk DOWNLOAD klik <<di sini>>
Adakah anda mengalami
- kesukaran untuk menghantar anak ke kelas tuisyen kerana sibuk dengan kerjaya?
- terbeban dengan masalah yuran tuisyen yang tinggi?
- rasa letih dan penat setelah seharian bekerja tiba tiba terpaksa menghantar anak ke kelas tusyen?
Adakah anak anda
- mengalami masaalah menyiapkan tugasan sekolah?
- kurang minat mengulang kaji pelajaran?
- sukar memberi tumpuan di dalam kelas?
- tiada hala tuju yang jelas dalam pelajaran dan kehidupan harian?
- mengalami masalah disiplin?
- kelihatan pendiam, letih, tidak ceria dan tidak suka bergaul dengan kawan kawan?
- tidak aktif dalam sukan dan kokurikulum?
- kurang mesra sesama anggota keluarga?
Sekiranya jawapan anda ‘YA’ kepada salah satu soalan di atas. Anda perlu perlu bertindak segera.
Saya adalah salah seorang dari jutaan pelajar di Malaysia yang sangat mengambil berat dan bertanggung jawab tentang kecemerlangan dalam pendidikan dan kejayaan masa depan kita sebagai rakyat Malaysia.
Ada beberapa perkara yang mengganggu fikiran pelajar dan ibu bapa khususnya. Setiap kali pertukaran Menteri Pelajaran pasti dasar baru diperkenalkan. Di negara kita terdapat pelbgai aliran sekolah.
Adakah negara kita benar benar memerlukan kepelbagaian dan perubahan ini setiap kali Menteri Pelajaran bertukar? Seolah olah ada susuatu yang tidak kena dalam perkara ini. Ramai mulai mengkritik dan berpendapat sistem pendidikan kita bercelaru.Penukaran pengunaan bahasa dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan kembali semula ke Bahasa Melayu dalam matematik dan sains mengelirukan pelajar, ibu bapa dan juga guru. Baru baru ini kita diajukan pula dengan persoalan menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR.
Mungkin ini sebabnya anda dimaklumkan tentang buku ini. Samada buku ini dimaklum oleh kawan anda atau anda temuinya secara tidak sengaja semasa melayari internet untuk mencari jawapan kepada masalah pembelajaran atau apa pun sebabnya, saya ingin mengajak anda meluangkan masa sebentar memikirkan persoalan penting mengenai masa depan dalam pendidikan dan pembelajaran.
“Konsep Pembelajaran Baru.
Belajar dan Skor “A”, Tidak perlu Kelas Tuisyen.
Jangan Ketinggalan. Kejayaan di tangan Anda.
Dapatkan buku panduan PETA MINDA pertama dalam Bahasa Melayu yang Komprehensif”
Buku ini mendedahkan satu kaedah pembelajaran yang mampu menjimatkan masa, tenaga dan wang dalam pendidikan anak anda.
“Sesuai digunakan sepanjang masa walau pun dasar pelajaran berubah”
Mungkin anda belum mempunyai anak yang bersekolah. Tapi saya yakin anda mempunyai salah seorang ahli dalam keluarga anda yang bersekolah. Bagaimana mana anda melihat masa depan pendidikan anak anda? Adakah cerah, mendung, selesa atau membebankan?
Tahniah kerana kini semua ibu bapa sedar betapa pentingnya pendidikan anak anak. Mereka berusaha berbagai cara untuk mempastikan anak anak berjaya dengan cemerlang. Kalau boleh skor ‘A’ dalam semua subjek.
Antara perkara lazim yang dilakukan ibu bapa ialah:-
- menghantar anak ke pusat tusyen
- membayar guru khas mengajar secara ‘one to one’ di rumah
- menyertai program motivasi
- menghadiri kursus lebih ekslusif seperti ‘summer camp’
- program, bengkel ekspres, latih tubi dan macam macam program.atau seminar menjelang peperiksaan.
Adakah semua ibubapa mampu memberi kemudahan di atas kepada anak anak mereka? Kerana kita sedar, semua program di atas melibatkan pelaburan masa, tenaga dan wang yang tinggi. Manakala kos hidup dan inflasi meningkat saban hari.
Mungkin sesetengah ibu bapa mampu dari segi kewangan, tapi tidak ada waktu untuk menghantar anak mereka kerana sibuk dengan kerja. Nak dibiarkan pergi sendiri takut timbul masalah lain pula. Situasi ini menjadi dilema kepada ramai ibu bapa. Sedangkan pendidikan anak amat penting dan perlu diteruskan.
Apakah jawapan kepada persoalan ini? Mungkinkah ada alternatif lain yang boleh membantu anak anda mencapai kejayaan cemerlang.
“Ya! Jawapannya ada. Pilihan di tangan kita. Dan saya telah melakukannya dengan berjaya”
Sebelum saya menerangkan konsep ini seterusnya, izinkan saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya menggunakan kaedah ini. Ia adalah suatu kaedah belajar yang menyeronokkan dan anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada semua program di atas.
Saya mula mempelajari Mind Map / Peta Minda sekitar 2007, seterusnya mengaplikasikan teknik ini secara serius selepas mendapat latihan intensif di ‘Kem Transformasi’ anjuran Adam Khoo Learning Technology dari Singapura (2008). Menyedari Peta Minda memberi kesan hebat dalam proses pembelajaran dan kehidupan harian, tetapi masih belum digunakan begitu meluas dalam kalangan pelajar di Malaysia, maka saya mengambil inisiatif untuk menulis buku ini untuk para pelajar dan ibu bapa.
Peta Minda telah membantu saya untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR dan SPM, dalam masa yang sama terus aktif dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum, kelab, sukan, menguasai bahasa Jepun dan bekerja sambilan (setiap Jumaat dan Sabtu, cuti awam dan cuti sekolah).
Kawan kawan agak cemburu apabila melihat saya tidak perlu ke kelas tuisyen tetapi masih mampu melonjak dari kedudukan 80 dan muncul sebagai salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang SPM 2009 dan pelajar Melayu terbaik di SMJK Chung Cheng, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih kepada Peta Minda yang menjadi rahsia kejayaan ini, kerana saya adalah satu satunya pelajar Tingkatan 5Sc1 yang tidak membazirkan masa, tenaga dan wang menghadiri kelas tuisyen di luar sekolah.
Atas rasa syukur dan terima kasih, saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan mereka yang berminat untuk mencapai kejayaan cemerlang dengan kaedah yang lebih mudah dan seronok serta menjimatkan masa, tenaga, wang dan tidak perlu tuisyen.
Pengalaman saya membantu beberapa orang kawan mempelajari dan menggunakan Peta Minda ternyata memberi kesan positif. Tetapi malangnya tidak terdapat buku Peta Minda untuk rujukan dalam bahasa Melayu yang komprehensif. Mereka mencadangkan selepas tamat SPM, agar saya menulis sebuah buku mengenai Peta Minda untuk rujukan pelajar pelajar yang belum mahir bahasa inggeris. Saya fikir ini satu cadangan yang baik dan mesti dilakukan.
Konsep baru membolehkan anak anda belajar dengan lebih cekap dan pasti membantu mereka mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan atau ujian akan datang. Kaedah menyalin nota dan mengulangkaji menggunakan kedua dua potensi Otak Kiri dan Otak Kanan.
Ia dijamin tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan anak anda boleh lakukan hanya di rumah tanpa perlu keluar. Anda hanya perlu pantau anak anda di rumah sahaja.
“Kaedah menggunakan Peta Minda untuk membuat nota, menghafal, mengulangkaji dan lain lain. Terbukti kejayaannya di seluruh dunia. suatu konsep universal”